Saturday 29 September 2012

“My Nestle Incredible Story”

hai ! hai ! hai . assalamualaikum :). hari ni saya nak becerita my nestle story la gitu.. doulu2 kan korang suke nestle kan. ye dak ? jadi arini, citer pasal doulu2 laaa.. hee suke tak ? suke tak ? ^__^

Ketika saya berumur tiga atau empat tahun, mak saya cakap saya ni masih lagi menyusu badan. Jadi untuk menyedapkan hati sendiri dan tidak mahu memalukan diri sendiri di hadapan pembaca maka saya rasa ketika itu saya berumur dua tahun sebelas bulan.. heee~


Untuk berpisah dari susu badan ni bukan perkara yang mudah. Umpama hari-hari hang makan nasik tiba-tiba mak hang cakap jangan makan nasik dah. Begitu lah juga dengan susu ibu yang diminum hari-hari tanpa jemu selama dua tahun sebelas bulan itu. awww


 Tiba-tiba pada suatu hari, mak saya cakap beliau sakit, jadi kalau bagi susu nanti berjangkit lah dekat saya. Saya pun percaya dengan hujah-hujah beliau itu.. Untuk menggantikan susu,  mak saya bagi minum Air Bola. Saya panggil Air Bola kerana ada orang main bola dekat tin minuman tu. Rasa cool gila minum Air Bola. Kalau minum rasa hebak macam gambar dekat tin tu.. 



Nak suruh beliau buatkan Air Bola ni pun ada caranya juga. Tak boleh senang-senang aje masukkan milo lepas tu campur air. Tak syok minum dalam gelas. Serius. Jadi beliau letak dalam plastik siap bungkus lagi bajet macam beli dekat kedai. haha..


Mak saya juga kalau ada masa free beliau buat aiskrim Malaysia. Tapi selalunya kalau ada air tak habis baru lah beliau letak dalam plastik dan jadikan aiskrim. Selalunya perisa-perisa yang ohsem tentunya sirap, Milo, kacang, asam, sarsi dan bla bla bla..




Milo ni bukan boleh buat Air Bola aje. Meratah Milo pun boleh dijadikan acara riadah bersama adik-beradik yang lain. Cuma yang tak best kena tunggu mak keluar lah. Mak marah kalau ratah milo macam tu je. Tak comel perangai beliau cakap. hehe..




Bila dah mula masuk zaman darjah-darjah, mulalah main benda pelik-pelik. Tin Milo pun jadi mangsa. Biasanya letak kayu lepas tu gelek lah tin milo sambil berlari-lari. hehe~




Bila dah masuk asrama, mee Maggi jadi rebutan. Lebih-lebih lagi kalau budak lelaki. Semua orang macam kebulur, selalu lapar, selalu nak pow orang lain punya makanan. Kalau makan makanan orang lain baru rasa nikmatnya. Makanan hak milik sendiri tak best. haha..

Maggi Baldi. Letak Maggi dua tiga bijik dalam baldi, letak air panas kacau-kacau sikit, lepastu makan ramai-ramai guna tangan. Tagline mee Maggi dua minit dah siap masak, tapi kami makan tak sampai satu minit pun. heh..




Bila dah besar, takdelah besar sangat, "si dia" pula minat Kit Kat. Selalu beli yang paling kecik kongsi dua.. Kalau beli yang besar tak best, takde feel berkongsi orang kata..  hew hew hew... Ya, cerita ni dah start geli-geli dah.. haha..





Dari saya kecik sampai lah saya besor cenggini, Nestle dah jadi sebahagian dari hidup. Takkan lah korang tak pernah beratur minum milo kat van Milo masa sekolah dulu-dulu kan? Beratur dua tiga kali pulak tu, bajet abang Milo tu tak perasan ke? haha~




Sedar tak sedar, rupanya Nestle ni dah mencapai 100tahun ada kat pasaran. Macam-macam produk diaorang ada. Sempena 100tahun Nestle berada bersama kita, meh kita submit cerita paling best korang dengan Nestle. Amacam? ^__^

p/s: eh sebelum tu kita smbg wat esemen doulu :P . babai korang ..

No comments:

Post a Comment