Monday 18 February 2013

awak.. sampai bila mahu drama ?


Awak,
Maaf,
Tak layak guna awak
Guna kau lebih bagus

(bedehem dan mula semula)

Kau,
Penipuan apa lagi yang mahu ditayang ?
Tangisan apa lagi yang mahu tebayang ?
Ketawa kau penuh gelinjang
Tanpa kau sedar penipuan sudah terlanjang

Kau,
Datang depan dia penuh air mata
Menangis tidak tentu hala
Ceritakan segala keburukan manusia yang kau puja
Tanpa sedar kau dan dia bekongsi cerita
Punya latar belakang serupa
Dia tersenyum Cuma

Kau,
hempas gelas ditangan
Berderai kaca bertaburan
Dia senyum lantas panggil pelayan

Kau,
Kau kata kekasih kau manusia paling durjana
Mempermainkan hati kau yang khusus buat cinta
Tapi kau lupa satu perkara
Bagaimana kau dan si kekasih mampu bersama ?
Bukankah dengan merampas dari dia ?
Bukankah dengan menipu dia selama beberapa purnama ?

Kau.
Dia senyum tengok kau meracau
Sedikit pun hatinya tidak gulau
Apatah lagi mahu jiwa kacau
Kekasih yang sudah jadi bekas kekasih adalah milik kau
Sudah dilepaskan supaya matanya tidak ditipu silau

Kau
Dia masih duduk senyum lagi
Bukan dia tidak besimpati
Cuma dia mahu kau ingat kembali
Bagaimana semuanya bermula-apa yang dilalui\
Permulaannya bagaimana dn bagaimana ia diakhiri

Kau,
Hari tu kau datang menangis separa gila
Kini kau sedang bergembira
Kau lupa segala episode duka
Dengan manusia yang dia pernah suka, tapi kau ambil cinta
Dia tersenyum sahaja

Kau, tangisan kau hari tu bukan kali pertama
Entah berapa kali- dia malas nak kira
Dia menunggu kau datang lagi menyapa
Kerana dia tahu kau pasti mahu panggung cerita
Hiasi dunianya dengan cerita
Dengan tangisan sebangai perisa
Penuh drama

Kau.
Hari tu kau kata kekasih itu sampah
Hari tu kau kata habis manis, terus bersepah
Kau kata dia manusia kau paling menyampah
Sekarang sudah jadi lain pula- terus angkat jadi amanah ?

Kau.
Berhenti   jaja cerita
Kalau kau bahagia, kau layan saja
Kalau kau derita, bukankah kau pemulanya ?

Kau
Dia hanya mahu perhati
Kerana ada sesuatu yang dia pasti
Kau bakal muncul lagi

Dia ?
Senyum sahaja
Bukan dia kalah maksudnya
Sebab untung mengalah pada mula
Dan pengakhiran- julang piala di udara