Monday 30 December 2013

Pergilah . tenanglah engkau disana . 2013 .

Bismillahirahmanirrahim .

2013, pagi ni subuh yang terakhir untuk tahun ini . 
esok 2014 menghulurkan salam. Assalamualaikum awak . semoga awak menjaga saya pada masa akan datang.

bercerita tentang 2013, terlalu banyak yang telah aku, kau dan semua dah lalui. 

MANIS
PAHIT.  TERLALU PAHIT .

semua ada. complete. 

ALLAH 
terima kasih kerana masih mengizinkan hambaMU ini untuk terus bernafas. 
walaupun terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan, DIA masih menerima segala taubat dan sntiasa mengampunkan dosa2 ku. sentiasa memberi aku kekuatan utntuk teruskan perjuangan.
walaupun 2013 terlalu hebat ujian yang diberikan.
terlalu hebat sehingga aku jatuh tersungkur . 
tetapi..terlalu hebat juga Kekuatan yang DIA dikurniakan. 
syukur. Alhamdulliah. 

mak . ayah . keluarga . 
terima kasih yang tak terucap . xtau nak ucap ape dah. dah takde perkataan yang mampu adek keluarkan.
mereka tulang belakang saya. dengan apa yang dah saya lalui. mereka tak putus2 menghulurkan tangan,tisu(masa soksek nanges)dan kaki untuk saya terus berdiri sehingga hari terakhir 2013 ini.
sungguh. saya tak kuat. tak mampu berdiri tanpa doa dan semangat dari kamu semua . 
syukur. Alhamdulillah

kawankawan.
terima kasih diatas segala pertolongan yang diberikan
maafkan saya andai ada tersilap, tekasar bicara
saya insan lemah
sentiasa buat salah .
hanya ALLAH mampu balas jasa baik kalian
syukur. Alhamdulillah


kau .
maaf. 
aku tak mampu utk berlagak sopan dengan manusia macam kau . 
manusia yang tak sudah sudah menjatuhkan aku saat aku baru menapak untuk berdiri
kau mendongak langit saat aku dikecam hebat. 
saat aku seperti dipijak-pijak oleh kaki yang busuk
kau bangga . kau melapang dada dengan kebahagian palsu yang kau cipta sendiri
hati kau dah busuk . sangat busuk . 
kau silap. 
kau silap utk aku terus hanyut
maaf ? tiada kata maaf dalam kamus hidup aku utk kau. 
itu semua urusan kau dengan DIA. 
aku taknak masuk campur. taknak ambil tahu
aku dah penat. cukup penat. 
aku tak menyesal jumpa kau . tapi aku bersyukur kerana ALLAH tunjuk kan DUNIA pada aku melalui kau
syukur . Alhamdulillah

awak . 
saya tak tahu dari ceruk mana awak datang
dari dunia mana kelahiran awak
dari celah mana kekuatan yang awak ada utk terus berdiri disebelah saya. belakang saya. 
tak pernah berputus asa memberi semangat, nasihat , dan tunjuk ajar erti kehidupan sebenar .
tak pernah sekali ucap kata "tidak"  
tak pernah jemu mengajar saya untuk bertatih
untuk merangkak  dari jatuh terduduk 
dan semoga apa dirancang, ALLAH mengizinkan. 
terima kasih 



syukur. Alhamdulillah



Dan bila engkau letih & hilang semangat.
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya
Dan bila tangismu berpanjangan & hatimu duka
Allah telah mengira titis air matamu
Dan bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu
Allah tetap bersamamu
Dan bila engkau kebuntuan akal
maka Allah adalah penunjuk jalan
Dan apabila engkau berazam
maka betawakal lah kepada ALLAH

pergilah . tenanglah engkau disana 
2013 . 
tutuplah tiraimu . berbahagialah engkau disana
insyaALLAH.