Monday, 18 March 2013

hebatnya kau .

Demi cinta
demi janji hidup selamanya
kau buang keluarga
terajang ibubapa
adikberadik kau sumpah ke neraka

apa hebatnya kau tanpa mereka?
apa bagusnya kau tanpa jagaan mereka ?
siapa kau tanpa nama bapa ?
siapa kau tanpa ibu yang bertarung nyawa ?

demi cinta
demi kasih sayang gila
kau buang segalanya
demi kejar dunia
kau dan dia

hebatnya kau yang kini anak derhaka
hebatkah kau sebab agungkan cinta ?

cinta itu palsu
kelak kau juga lesu
adakah kau akan pulang menemui keluarga yang kau tidak mahu ?
malu mengaku

kelak nanti kau datang
peluk cium penuh airmata-sanggup diterajang
kalaulah waktu itu keluarga kau masih pandang
entah-entah mereka sudah lama terkedang
menunggu malaikat maut bertandang
ambil nyawa, roh lesu di ranjang

hebatnya kau
tidak langsung rasa gulau
apatah lagi bertandang risau
waktu mereka semua kau halau

segalanya demi cinta
hilang nilai manusia
musnah ikatan keluarga
dan itu-- buat kau bangga ?

     p/s : kau mungkin bangga 
tapi kau lupa 
siapa mereka nanti diSANA . 


Friday, 8 March 2013

curang lagi


kadangkala manusia tidak hargai.
peluang yang diberikan lagi .
untuk mereka kembali
perbaiki diri..

bila bukan depan mata
meraung bagai nak gila
sanggup buat apa sahaja
asalkan dapat kembali bersama
mahu tebus segala dosa
merayu..menanges - minta peluang kedua

bila diberikan peluang kedua
anehnya syaitan kembali menjelma
dibiarkan kosong jiwa
teruskan kembali drama
buat seperti biasa
bagaikan kali pertama bercinta
semuanya nampak baik belaka
padahal hakikatnya sedang pacak sandiwara
yang disembunyikan dari pandangan mata

peluang kedua pernah diberi
mahu menagih lagi peluang ketiga dinanti
tabur seribu satu janji
untuk kekal setia disisi
tidak akan berganjak walau seinci
walau apa berlaku,hanya boleh dipisahkan oleh mati

lembut hati.
ya. hati masih sayang lagi
sudah kali ketiga tidak mungkin mungkir janji
biar kali ini sehidup semati
bukankah sudah bersumpah ?

tapi manusia akan merasa mereka berkuasa
itu semua sekadar penyedap kata
utk teruskan kegiatan cela
ternyata masih mahu selingkuh entah kali keberapa
kasih sayang yang dilaung retorik cuma

jahanam rasa
lebih teruk dari pertama
lebih sakit dari kedua
lebih bodoh sebab sudah kali ketiga

dia.. datang lagi
merayu kau kembali ke sisi
sudah kali keempat - mahu beri peluang kembali ?

tiada tempat untuk manusia curang
cepat-cepat bina jurang
hati kau bukan boleh dicampak buang.

come as you are :)


Come as you are, as you were,
As I want you to be
As a friend, as a friend, as an old enemy.
Take your time, hurry up
The choice is yours, don't be late.
Take a rest, as a friend, as an old memoria
Memoria

Come dowsed in mud, soaked in bleach
As I want you to be
As a trend, as a friend, as an old memoria
Memoria 

And I swear that I don't have a gun
No I don't have a gun 

And I swear that I don't have a gun
No I don't have a gun 
Memoria 


yes. i dont have a gun :-)
credit: Rasul Iman Haikal 


Monday, 18 February 2013

awak.. sampai bila mahu drama ?


Awak,
Maaf,
Tak layak guna awak
Guna kau lebih bagus

(bedehem dan mula semula)

Kau,
Penipuan apa lagi yang mahu ditayang ?
Tangisan apa lagi yang mahu tebayang ?
Ketawa kau penuh gelinjang
Tanpa kau sedar penipuan sudah terlanjang

Kau,
Datang depan dia penuh air mata
Menangis tidak tentu hala
Ceritakan segala keburukan manusia yang kau puja
Tanpa sedar kau dan dia bekongsi cerita
Punya latar belakang serupa
Dia tersenyum Cuma

Kau,
hempas gelas ditangan
Berderai kaca bertaburan
Dia senyum lantas panggil pelayan

Kau,
Kau kata kekasih kau manusia paling durjana
Mempermainkan hati kau yang khusus buat cinta
Tapi kau lupa satu perkara
Bagaimana kau dan si kekasih mampu bersama ?
Bukankah dengan merampas dari dia ?
Bukankah dengan menipu dia selama beberapa purnama ?

Kau.
Dia senyum tengok kau meracau
Sedikit pun hatinya tidak gulau
Apatah lagi mahu jiwa kacau
Kekasih yang sudah jadi bekas kekasih adalah milik kau
Sudah dilepaskan supaya matanya tidak ditipu silau

Kau
Dia masih duduk senyum lagi
Bukan dia tidak besimpati
Cuma dia mahu kau ingat kembali
Bagaimana semuanya bermula-apa yang dilalui\
Permulaannya bagaimana dn bagaimana ia diakhiri

Kau,
Hari tu kau datang menangis separa gila
Kini kau sedang bergembira
Kau lupa segala episode duka
Dengan manusia yang dia pernah suka, tapi kau ambil cinta
Dia tersenyum sahaja

Kau, tangisan kau hari tu bukan kali pertama
Entah berapa kali- dia malas nak kira
Dia menunggu kau datang lagi menyapa
Kerana dia tahu kau pasti mahu panggung cerita
Hiasi dunianya dengan cerita
Dengan tangisan sebangai perisa
Penuh drama

Kau.
Hari tu kau kata kekasih itu sampah
Hari tu kau kata habis manis, terus bersepah
Kau kata dia manusia kau paling menyampah
Sekarang sudah jadi lain pula- terus angkat jadi amanah ?

Kau.
Berhenti   jaja cerita
Kalau kau bahagia, kau layan saja
Kalau kau derita, bukankah kau pemulanya ?

Kau
Dia hanya mahu perhati
Kerana ada sesuatu yang dia pasti
Kau bakal muncul lagi

Dia ?
Senyum sahaja
Bukan dia kalah maksudnya
Sebab untung mengalah pada mula
Dan pengakhiran- julang piala di udara



Wednesday, 16 January 2013

Selamat tinggal sem3 2012 ^_^

Assalamualaikum. hai hai hai ! :-D . tetibe terasa macam dah betahun lamanya aku x update. bajet macamla aku update beduyun-duyun orang nak baca kan. cehss -..- . rasanya sem ni aku ada sekali je update. bizi bebenor aku ni . dah gaya macam sorang retis yang tecari2 dimana kepopularitian. ahaks . TAPI ari ni aku dah xbz weh ! haha. bangga jap bangon pagi xdak pa nak buat. sumpah janggal ! hee . kalau dulu aku smpai fobia bangun pagi, yela bila dah pagi maknanye kje studio aku melambai2, marilah ! marilah! , grr bebal. 

ya ! aku x nafikan jadi sorang student housing buildng n planning ni mmg satu cabaran yang ckup hebat utk aku sbg sorang student ID . ye, ye, aku tau korang nak ckp kos korang susah jugak kan ? hamekla menang. haha.. tapi sem ni aku mmg asa xde life langsung. mmg hadap esaimen je. susah :( . kalu mggu submit tu, ha lagi lintang pukang hdp aku. slalu nanges2 . motif sgt nak nanges2 . kan ? :)  tapi demi mak ayah aku kat kampung (jauh nau kampung aku tuh ! ^_^) aku kuatkan jugak semangat. hee. 

dah2. kang tetibe hujan. okay seperti yang dijanjikan entry kali ni mmg panjang gilos, tapi aku tau kalau aku taip pepanjang msti korang xnak baca pongggggg. bahahaha. jadi aku putuskan utk bagi tgk gmbar je ape yang aku buat sem ni okay ! selamat mencucis matassss ^_^

here we go . subjek yang aku paling anti gile.  AUTOCAD . (aku nak capslock jugak !bahahaha) dulu lah tapi. tapi skang ni siyes SUKA GILER WEHHHHHHHHH ! erk -..-  subjek apetah, lukisan berbantu komputer kot. tahla aku xbape igt . almaklumla eden dah berganjak umur satu tahun laei :) 

 okay ini 1st esaimen aku. time ni tgh bebal lagi, haha. satu benda pon xtau. naseb baik ade kawan aku. aishah namanye. hee . diala tolong. maceh weh aku kenang jasa kau dunia akhirat ! haha. benda ni aku buat dekat setengah hari . T_T
 okay next..
2nd esaimen aku xbleh nak uplod -..- . memang suka pon time2 macam ni line nak lembab mcm kambeng . grrr. (maaf kambeng) . okay kita proceed dgn 3rd esaimen :). time ni dah mula2 nak pandai . hehe .tadaaaaa

tak jelas eh ? jap ni flow dia je..
tadaaaaaaaaaaaaaaa :)





ini bangunan ape tah aku tak igt nama dia..
okay now we goes to last projek :) 
MASJID 
^_^ 


 ya ya aku tau bebudak engine ngn archi nak ckp yang korang bleh buat super duper lebih baik dari aku.. cakapla sampai gigi kau gongak, aku xheran ! hahaha.. 
yang kiri tu soalan dia, kne lukis balik . and yang kanan tu hasil dari tangan aku yang xbedung ni. hahaha 


^_________^ 

okay next aku nak tnjuk aku pnye workshop design.. tapi aku lupa nak snap. haha, barang dah masuk stor lerrr . xpe ada rezeki nanti aku tunjuk yang lain ye . :) .

SETERUSNYA (eceh) aku nak tnjuk final projek aku. ni studio tau . heee . alhamdulillah berkat doa semua orang aku dapat buat dgn baik. (harap2la). 
xpe korang cuci2 mata ye :) 


alkisahnye.. kami kne renovate balik rumah atas ni utk buat homestay yang baru. kawasan ni sumpah cantek giler. hee . xpe, korang rilek je, kang last aku tnjuk persekitaran homestay ni.. cantik, depan blakang sawah padi. aku ni dah ler batak sikit, 21 thun hdp xpenah jejak sawah weh, skang korang paham x ape aku rasa ? eh tetibe emo. maap. bahaha. 
nama kg ni kota aur, ce korang google..xnak pon xpe, aku tnjuk sume kat sini. heee :) 
okay smbng, kitorang kne stay kat sini 3 hari dua malam, experience tmpat ni. 
jadi first, aku come out dgn plan aku yg bawah ni :)


tak jelas ? xpe aku zoom kan :)

tudiaa bapak besaq :) . hee. ni idea mula2 dah bekembang ^_^. blah kanan ni sawah padi.. homestay i ada 3 bilik, dining, living n kitchen. mcm biasa la requirement dia . dua bilik belah kiri tu utk homestay, attached toilet . yang plg bawah ni master bedroom 


ini exterior design utk homestay. ye aku tau ni sims. bahahahha. dah masa xcukup aku buat mana paling senang jela. hihih.. tapi aku design sndiri taw. zzZZZzz

front view.. 

 in axonometri utk interior :) 


  ^_^
okay yang atas ni master bedroom yang ada toilet skali 

living hall :)
#tengok aku dah rasmikan rumah ni tau, tu aku la tu :) 

 dining n kitchen 

living + dining .. facing paddy :) 

 interior dari left view
 ye aku tau korang macam nampak semak kan ? sbb aku buat view yang nmpak dalam so ade dinding2 yang x appear sbb nak tunjukkan ruang dalaman dia. harap faham heee  ^_^


 JELAS ? heee .
 baikla.. sekarang menuju kepada model saya :)
HAAA sebelum tu, freely to compare antara model aku dengan interior yang aku guna komputer kat atas ni. jangan sesedap oren je korang nak kata aku amek dari google. penat aku buat model taw . bahaha (emosi.)
^__^


MASTER BEDROOM :)
# katil daripada buluh. sustain . n buat konsep kelambu sbb nak mcm orang doulu2 la kann.. hihi.. kan kawasan kampung :) 

GUEST ROOM 1

GUEST ROOM 1 
# juga katil dari buluh n kelabu dikiri dan kanan :) 
queen :) 

GUEST ROOM 2 :)
# katil ni jugak dari bamboo . single bed . utk anak2 depa yg datang tuh . heee 

 living n dining area :) 
# dapur ade kaunter tau. hehe.. ye en ? nak order ape ? p masak sndiri.. 

 

# ada sliding door yg belah kanan, belah kiri just tingkap yang boleh tengok sawah padi :) 
ada info area tengah2 n design almari utk barang lama2 utk display :)

# landscape area :) 

yeahhh .then we go for presentation board ! ^_^ 

haaa lupa nak bgtau. nama homestay saya ni MERYAM COZY COTTAGE 
#meryam- nama owner
#cozy-nyaman, tenang, selesa (dekat ngn sawah n kampung)

okay ni kawan aku snap time present. bapak buruk muka hako. heeee


 iya . dan ini juga setelah selesai presentation. 
ALHAMDULILLAH ^_^ 
aku tau aku xcukup hebat dan ya ! aku akan improve lagi. . banyak sangat bnda yang aku kne belajar.. 
insyaALLAH next sem aku nak buat lagi cantik lagi !!! :) 
dan 
semoga sem ini dapat result yang baik. insyaALLAH.
 okay dah penat . aku nak p sidai baju, hehe. oh ye sebelum tu aku tnjuk view kota aur yg aku ckp cntik giloss tuh ! 
selamat menjamu mataaaaaaa.
kepada yg teringin nak datang tempat ni, pm aku ye . hehee


ini first time aku masuk sawah. mau x jakun aku dibuatnya ! hahha






iya model xberbayar ni namanya 
SITI HAJJAR BT ABDUL HALIM. 
^_^ 
babai korang. 
terima kasih kerana meluangkan masa :) 
ASSALAMUALAIKUM 





Friday, 26 October 2012

pala hota kau ^_^

Aku tanggalkan topi
Malam ini aku duduk di beranda
Bersedia membelah tengkorak
Selepas sebatang rokok ini.
Fuhh.. 

Lega menyedut racun buat aku penuh bersedia.
Lalu aku koyakkan kulit kepala.
Menggergaji tengkorak aku.
Penuh waspada otakku ambil keluar.


Sekrang otakku penuh dalam dua telapak tangan.
Darah menderas leleh.
Bila aku menjulang tinggi otakku.

Aku lepaskan, biar ia terbang
Ke tingkat - tingkat yang paling atas.
Ke lapisan ke tujuh, lapan, sembilan.
Suka hati kau lah otak.  

Jaga.
Bila kau pulang otak,
Pastikan kau otak yang baru
dan aku disini.

Menuggu, tidak berotak. 

p/s : Pala hotak kau.


Monday, 1 October 2012

panggilan manja untuk si dia :)


Hai ! hai ! hai !  kawan kawan. . slamat malam semua :) . malam ni tetibe rasa nak update tentangggggggggggggg
Apa panggilan manja kawan kawan untuk sibuah hati? ehem ! hee .. Harap semuanya indah indah la macam dalam drama cinta melayu la ni kan yg duk la dihujung cerita  dia terSangat happy ending macam Nora Elena dan set-tan. eh ? hu~~ 
 eh. oh ye, entry ni takdak kne mengena antara yg hidup atau yg telah meninggal dunia. okay ? sekalian yg terasa mohon ampun dunia akhirat naaaa ^__^ . nak suka-suka ja time tgh tensen esemen neh -..- 


okay, 1st.. memula skali... 


Baby dan bucuk

Aku tak taw macam mana boleh keluaq 'baby' tu sendiri dr  mulut insan bergelar manusia kepada ehemmm ehemm beliau . 

Contoh:"Baby,baby..wat ape tu?Baby rindu bucuk tak?"



Cuba translit:"Bayi,bayi.tengah buat apa tu?Bayi rindu busuk tak?".

Bayi?sedangkan yg hang dok  sebut tu pada tua bangka umurnya  dah  lima belas tahun bersunat(anggaran).Malu taw dak .Kalau sebut 'busuk',aku selalu terbayang lori sampah lalu depan rumah. ahaaaaa :) 


okay, this is called as "bayi" as well 
+

dan ini adalah lori smpah =  "busuk" . eh ? ^_^
*
*
*
*
*
*
*


Ehem.Not nais not nais.
okayy . keduaaaa.. 

B dan Honey



Aku pernah dengaq  dulu yang 'B' ni istilah untuk hubby  atau ganti nama untuk 'bee' dan honey pula ganti nama untuk 'sayang' atau 'madu'.Ibarat madu dan lebah.Amboihh.Manis manis gitewww. kemain hang naa.. 

Contoh: "Honey sayang B tak?honey ni sweet la B tengok.Tak  puas tengok honey.Tengok sekali rasa nak lagi"



Cuba translit:"Madu sayang lebah tak?madu ni manis la lebah tengok.Tak puas tengok madu.Tengok sekali rasa nak lagi"

Lebah dan madu.Suwit kan suwit kan???

Lebah pada orang yang bermadu.Eh???Maaf ! maaf ! :P

 ketigaaaa ..

Abang dan sayang



Okay ini mungkin normal.Tanda lelaki lebih tua dari perempuan walau perempuan tu lebih tua dari lelaki.Abang tu tanda hormat giteew walhal agak geli juga kalau disebut dipublic antara couple couplesss.Kalau dah kahwin memang diterima umum.

Takde contoh.Malas nak bayang situasi.Heh! 

keempatttt...
eh jap, aku pon xtaw awat depa suma-suma suka sangat duk guna nama lisa. hott kot, jadi aku pon rebat jaa nama lisa sbg cntoh :) 

Lisa dan Yusri



'Panggilan nama' ni mendatar je.Kalau tengah kapel tu duk bahasakan diri nama depan member member takdela kena boooo.kan.. btoi dak ? btoi dak ? .. Melainkan memang bahasakan diri nama tapi tengah comolot depan orang ramai. Memang kena booo siap record masuk youtube dan ada fanpages haters lagi.Gelemer setahun :) 

kelimaaaaa .. 

Saya dan awak



Takde gambaran.cuma nak doa pada mereka yang berbahasa seperti ini kekal jodohnya.

Dinda dan kanda



Sangat klasik ibarat cerita pendekar melayu pukul 5 petang masa darjah 5 dulu dulu.Hikhikhik.

Banyak lagi panggilan manja yang manja manja untuk kekasih,Yang paling manja adalah 'Anje'.Teringat cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang makcik( Khatijah Tan) jual buah,surat khabar dan air tu panggil  suami dia 'Anje'.Hehehehe.

utk saya ? oh utk saya xdak lagi. hee . saya ikut ckp suami jaa. haha poyo nak meninggall. heee . 
well. entry ni telahir lepas aku ade tebaca blog sorang kawan ni, cuma gaya bahasa santai ni, aku punya laaa . xbek ciplak hat depa punyaaa :D .. slamat malam kawan2 :))