Friday, 8 March 2013
curang lagi
kadangkala manusia tidak hargai.
peluang yang diberikan lagi .
untuk mereka kembali
perbaiki diri..
bila bukan depan mata
meraung bagai nak gila
sanggup buat apa sahaja
asalkan dapat kembali bersama
mahu tebus segala dosa
merayu..menanges - minta peluang kedua
bila diberikan peluang kedua
anehnya syaitan kembali menjelma
dibiarkan kosong jiwa
teruskan kembali drama
buat seperti biasa
bagaikan kali pertama bercinta
semuanya nampak baik belaka
padahal hakikatnya sedang pacak sandiwara
yang disembunyikan dari pandangan mata
peluang kedua pernah diberi
mahu menagih lagi peluang ketiga dinanti
tabur seribu satu janji
untuk kekal setia disisi
tidak akan berganjak walau seinci
walau apa berlaku,hanya boleh dipisahkan oleh mati
lembut hati.
ya. hati masih sayang lagi
sudah kali ketiga tidak mungkin mungkir janji
biar kali ini sehidup semati
bukankah sudah bersumpah ?
tapi manusia akan merasa mereka berkuasa
itu semua sekadar penyedap kata
utk teruskan kegiatan cela
ternyata masih mahu selingkuh entah kali keberapa
kasih sayang yang dilaung retorik cuma
jahanam rasa
lebih teruk dari pertama
lebih sakit dari kedua
lebih bodoh sebab sudah kali ketiga
dia.. datang lagi
merayu kau kembali ke sisi
sudah kali keempat - mahu beri peluang kembali ?
tiada tempat untuk manusia curang
cepat-cepat bina jurang
hati kau bukan boleh dicampak buang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice blog
ReplyDeletethanks ! :D
ReplyDeletewah..style la hajar..(^_^)
ReplyDeleteamende.. haha ... anda lagi style ! :)
ReplyDelete