Friday, 28 September 2012

segalanya ku terima .


Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri ..


Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
SEBENARNYA aku kesepian 
Dan aku masih cinta


Diri ini penuh luka
Dan tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah

tiada lagi .


CINTA kita mungkin sudah terkubur  ..
CINTA kita mungkin hanya tinggal kenangan ..
CINTA kita mungkin tidak lagi menyebelahi  ..
CINTA kita mungkin sampai di sini ..


bukanlah MUNGKIN tapi ianya MEMANG..


Saya tidak akan lagi melihat sesuatu yang akan menyakitkan hati saya ..
Sebab saya tak nak hari hari saya serba tak kena ..

Memadailah dengan apa yang sudah saya lihatkan sebelum ini ..
Segala tentang awak di sana saya tidak mahu ambil tahu lagi  ..


Awak pasti akan ditemani seseorang si pengganti saya ..
Yang akan memberikan lagi awak bahagia semula ..


Cukuplah di setiap doa saya untuk awak yang akan saya ingati ..
Saya tak mahu membenci kerana awak orang yang pernah saya cintai ..

Berterima kasih lah pada CINTA yang gagal ini ,
pasti hari mendatang akan ada CINTA baru yang lebih baik melengkapi ..



                                 kawan-kawan TAK MAHU lawan-lawan kan

                                                                    
                                                              ='))

have a break ! bersama blog saya ^_^

hai hai hai !! assalamualaikum ^__^ 
pagi ni alhamdulillah. saya sehat . anda ? ^__^
okay, memula bangun pagi rasa macam. oi oi aku nak update bloggg 
haa kann . ^_^
 okay, lepas tu dah siap mandi sume.. cenpat2 buat entry baru ..
entry niiii sangat best . pada aku la. 
mcm2 ade, kenangan dulu n mcm2la.. klaka. bila baca mesti teringat n rasa
"haa memang betol ponnn " heee
ha okay dah . nk tunjuk gmbo je pon :))) 

pertamaaaaa .
haaa. tu diaa. syg aweks sgt kan. seketul dapat ^_^

nextttt
dulu2 slalu wish kalau nampak tahi bintang. mslhnye aku xpnh pon jumpe pffftt ...


next! next ! 
yg ni comellah kan. sebab ! sebab! xde orang yg syg kita mcm mak kita kan 
-_^

haaaa yang bawah ni sebijik macam haku.. hahaa
eh plz tu ta bemakna aku ta reti masak. tolong skit ! haha..
suruhla aku masak ape pon(makanan kmpongla tapi) insyaALLAH aku bolehh
tapi !tapi !tapi ! jangan meggoreng , boleh hangin satu badan wooo . heuheuheuheu

seterusnya... haa yg okay jela biasa-biasa je hee 
tapi nak tnjuk jugakkkk ^_^


yang ni pulakk. hailaaaa.. teringat zaman jahiliah aku. kpada bakal-bakal cikgu tu, himpunkan tahap kesabaran yg sangat tinggi ye ! peace :))


okay nexttttt.. ini sangat klaka. haha (sume klaka)
xpayah nak titew sgt la kan, aku pon bebulu je dgr.. hahaha


haaaa . bwh ni , okayla kan, xpyh mengadu sgt. seketul kau dapat nanti. 
^__^
last ! last ! last ! heee.. 
ingatla pesan mak ye anak-anak 
:)))


heeee habes dah kawan2.. nanti ape-ape saya share lagi howkeyhhh ?? 

enjoy your weekend kawann !! 
p/s: aku je yg tader istilah weekend kat usm ni. ceh . menitik je air mata tgk kengkawan pg laketown,bukit merah,. sobss T__T


Tuesday, 25 September 2012

sunyi malam..


malam ini, aku merenung ke langit.. gelap . sunyi . hitam .
dimanakah bintang? dimanakah bulan? disaat aku meraba dalam sunyi malam 
kurasakan dunia seakan kelam. 
aku kehilangan..
hilang semua harta dunia didalam gengaman
apakah dosa ku? apalah salahku hingga ketanah aku tersungkur. 
sungguh aku jatuh terduduk, tanpa ada tangan yang menghulur..
ku nantikan saat itu, sehingga ke saat ni, namun tiada pengakhirnya..
kesudahan yang memakan terlalu banyak isi hati, 
yang terlalu menghancurkan sanubari..
tergamak kah kau melihat air mata seorang gadis yang dahulunya ditaburkan seribu satu janji ??
janji yang dipegang tinggi oleh seorang wanita yang mendambakan seorang insan bergelar suami..
namun apalah dayaku,
seorang gadis yang bisa dipijak hatinya hingga lumat tidak bersisa..
tanpa secebis belas kasihan
tanpa seribu satu alasan..
malam ni aku tersungkur lagi. tersungkurku di kaki bumi menyembah ILLAHI..
malam ini, tanpa sedar, airmataku gugur lagi..
meminta dikuat dan tabahkan hati..
mgkinkan jika ini pengakhirannya nanti,
akan aku pasrah menjalani liku duniawi.
biar pun aku dihina dan dicaci..
ALLAH maha ESA lebih mengetahui..
terkilan hatiku akan keraguanmu,
terkilan jiwaku akan kelemahanmu dalam memilih serpihan kaca dan permata..
mgkin aku bukan permata yang didamba
mungkin juga aku bukan sutera yang mampu membuatkan kau bahagia.
teman.. hingga ke saat ini, aku masih mencari, dimana kedaifan diri..
smpai begini hukuman yang engkau beri..
sungguh pedih isi hati.., 
tiada kata lagi yang mampu aku luahkan..
segala rasa bercampur dalam kegelapan..
miskipun airmata menjadi peneman setiap tidur malamku,
namun, aku percaya, apa-apa yang memang ketentuan untukku, 
akan DIA berikan jua..
dan juga segala apa yang terjadi 
DIA lah saksi..

yang dicinta akan pergi..
yang didamba akan hilang
tetapi hidup akan terus berjalan..
meski penuh dengan tangisan :')

YA ALLAH.. 
Kau yang Maha Mendengar..
Kau yang Maha Melihat.. 
Kau yang Maha Pemaaf.. 
PadaMu hati bertobat.
 
Kau yang Maha PengasiH..
Kau yang Maha Pemyayang.. 
Kau yang Maha Pelindung..
PadaMu semua bergantung :')



Tuesday, 10 July 2012

senyuman di kaki langit :)

Assalamualaikum kepada kawankawan dan si dia-si dia yang tersudi utk membaca :)
entry kali ni sekadar luahan hati :D

perubahan dari sehari ke sehari buat aku rasa sangatsangat bersyukur. rasa sangat rendah diri dgn ape yg dah jadi. ape yg ade depan mata
ye. salah aku. salah aku sbb tak pandai jaga diri sehingga membawa dosa kpd individu lain. silap aku yg mudah tepengaruh dgn godaan syaitan ! 
ya ALLAH. aku sangat lemah. iman ku juga sangat2 lemah.
:'(
bimbinglah aku ya ALLAH  :(

dalam kesibukan seharian. satu demi satu berlaku, satu demi satu pengajaran depan mata.
ALLAH membawa aku ke satu tempat yg sangat indah ahli-ahlinya
ketika tedengar satu-satu ucapan ahlinya,
masyaALLAH. indahnya islam, indah segala pertuturannya. indahn cara litupan disetiap inci tubuh bagi menjaga aurat wanitanya.
terasa diri sangat daif ! sangat asing dari segala pelusuk dunia !
bagaimana mungkin aku tidak jatuh terduduk dan tertunduk jika ada sebahagian ahli-ahlinya yg jauh lebih muda umurnya dariku yg cukup bijak dalam memetik hadis-hadis sahih dan diselitkan dalam setiap tuturkatanya. indah ! sangat indah.
sungguh aku kelam ! kelam dalam duniaku . tanpa sedar air mata jatuh mengalir. 
mengimbau segala silap dahulu ku
ya ALLAH, besar rahmatMU padaku ya ALLAH. :(
betapa buta tulinya hatiku yg selama ini sengaja aku tutup rapat utk semua yg KAU hulurkan hadapan mataku! 
keesokkannya hatiku terusik lagi dengan hadirnya seorang insan kecil yg berusia baru setahun jagung jika dibandingkan aku yg sudah reput-reput tulang jari dan kaki, 
mulutnya indah berceloteh tentang aurat manusia dimukabumi ALLAH ini
sungguh aku terpegun, bagaimana keletahnya bibir si kecil yang indah wajahnya akan ketakutannya jika suatu hari nanti jika kita kaum hawa yg tidak menjaga aurat akan menggeletarlah otaknya didalam neraka kelak.
terasa sebatan dibadan yg terdedah kepada kaum adam yg tiada hak ke atasnya ! 

ya ALLAH. sekali lagi pengajaran yg ENGKAU tadahkan dihadapanku, masakan aku buta dan terlalu cacat utk menerima semua itu ? masakan aku tegar dalam mengabaikan pemberian yg sangat bermakna itu ?
sungguh segala perancanganMU cukup hebat dan sangat teratur.
 sedarlah aku kini mengapa begitu hati ini cukup tertarik untuk menerima lamaran itu,
ya ALLAH,  bersyukur yg tidak terhingga aku panjatkan padaMU :(

tidak cukup dengan itu,juga akan hadirnya insan yg juga tidak putus-putus mengajarku erti hidup.
juga tidak putus-putus memberikan tunjuk ajar yg banyak baiknya. mengenali siapa aku dahulu dan siapa aku yang seharusnya dilandasan yang betul. 
walaupun teguran dan permintaan itu satu yg mengejutkan, tapi sungguh aku bersyukur kerana sudah ada diantara doa-doaku yg telah dikabulkan olehMU.
bukanlah niat dihati ingin bersembang kuat tentang duniawi dan akhirat, tetapi sekadar pengkongsian pengalaman yang cukup hebat dalam diri setelah sekian lama memamah usia dunia yang semakin rebah jatuh ketanah. biarlah kejahilan diri terus tekubur didasar bumi dan ikhlaskanlah hati utk daundaun hijau yg mekar indah menjalar dunia dan memberikan haruman sesegar limau kasturi di akhirat kelak.
insyaALLAH
:)
 ^__^
assalamualaikum :)






sekian . :)

Saturday, 16 June 2012

Israk mikraj . ^_^


Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. (27 Rejab)
dicekau dari brader google
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
 
selamat beramal kawan-kawan :-)
assalamualaikum 
^__^

Sunday, 3 June 2012

Bismillahirrahmanirrahim..

Bismillahirrahmanirrahim
YA ALLAH, ampunkanlah aku ya ALLAH, kasihanila aku. lemahnya diri ku. :( , jahilnya hati ku, rendahnya imanku YA ALLAH. 
ya ALLAH, perdengarkanlah doaku ini YA ALLAH.
izinkanla air mata ini menitis kerana rinduku padanya, izinkanla ianya menitis utk suamiku, izinkanla aku merasa manisnya rindukan suamiku YA ALLAH, 
 izinkanla aku bertemunya sebagai dia suamiku dan aku isterinya YA ALLAH,
 izinkanlah aku bertentang mata dengan dia sbg suamiku YA ALLAH, 
izinkanlah aku menyentuhnya sebg suamiku YA ALLAH, 
izinkanlah dia menyentuhku sbg isterinya YA ALLAH, 
izinkanlah aku berkongsi suka duka ku dengan dia suamiku YA ALLAH, 
izinkanla jodohku dengannya YA ALLAH. kurniakanla aku pahala kerana rindukan dia sbg suamiku YA ALLAH, hindarilah aku dr merinduinya sebg kekasihku YA ALLAH,sungguh aku tidak mampu dngan ujian ini YA ALLAH, 
berikanla aku kekuatanmu YA ALLAH. berikanla sedikit kepadaku. lindungilah aku dr terlalu rindukan dia lebih dr rinduku pada mu YA ALLAH, pada ibu bapa ku .
lindungila aku dr menitiskan airmataku kerana rinduku padanya YA ALLAH.
 lindungilah aku dr dosa-dosa ini YA ALLAH. 
sungguh aku tidak sanggup menanggungnya lagi YA ALLAH.
ENGKAU la sebaikbaik penentu, tentukanla aku sebaikbaik jodoh, sungguh aku tak mampu utk hadapi ujianmu ini YA ALLAH. kuatkanlah aku, bimbinglah aku YA ALLAH.
 jika jodohku kuat dengannya, percepatkanla jodoh kami YA ALLAH, lembutkanlah hati ibu bapa kami, perkenankanlah doa orang sekeliling kami YA ALLAH . 
izinkanlah aku menjadi seorang isteri dan seorang ibu sebelumku menutup mata YA ALLAH, 
kurniakanlah aku cahaya mata yang akan mendoakanku dikemudian hari YA ALLAH, perkenankanlah doaku ini YA ALLAH. 
sesugguhnya ENGKAU lebih mengetahui sesuatu yang baik mahupun sesuatu yang buruk utkku, kurniakanla aku sebaikbaik perancangan dan sebaikbaik kekuatan utkku YA ALLAH . :')





amin