Saturday, 29 September 2012

“My Nestle Incredible Story”

hai ! hai ! hai . assalamualaikum :). hari ni saya nak becerita my nestle story la gitu.. doulu2 kan korang suke nestle kan. ye dak ? jadi arini, citer pasal doulu2 laaa.. hee suke tak ? suke tak ? ^__^

Ketika saya berumur tiga atau empat tahun, mak saya cakap saya ni masih lagi menyusu badan. Jadi untuk menyedapkan hati sendiri dan tidak mahu memalukan diri sendiri di hadapan pembaca maka saya rasa ketika itu saya berumur dua tahun sebelas bulan.. heee~


Untuk berpisah dari susu badan ni bukan perkara yang mudah. Umpama hari-hari hang makan nasik tiba-tiba mak hang cakap jangan makan nasik dah. Begitu lah juga dengan susu ibu yang diminum hari-hari tanpa jemu selama dua tahun sebelas bulan itu. awww


 Tiba-tiba pada suatu hari, mak saya cakap beliau sakit, jadi kalau bagi susu nanti berjangkit lah dekat saya. Saya pun percaya dengan hujah-hujah beliau itu.. Untuk menggantikan susu,  mak saya bagi minum Air Bola. Saya panggil Air Bola kerana ada orang main bola dekat tin minuman tu. Rasa cool gila minum Air Bola. Kalau minum rasa hebak macam gambar dekat tin tu.. 



Nak suruh beliau buatkan Air Bola ni pun ada caranya juga. Tak boleh senang-senang aje masukkan milo lepas tu campur air. Tak syok minum dalam gelas. Serius. Jadi beliau letak dalam plastik siap bungkus lagi bajet macam beli dekat kedai. haha..


Mak saya juga kalau ada masa free beliau buat aiskrim Malaysia. Tapi selalunya kalau ada air tak habis baru lah beliau letak dalam plastik dan jadikan aiskrim. Selalunya perisa-perisa yang ohsem tentunya sirap, Milo, kacang, asam, sarsi dan bla bla bla..




Milo ni bukan boleh buat Air Bola aje. Meratah Milo pun boleh dijadikan acara riadah bersama adik-beradik yang lain. Cuma yang tak best kena tunggu mak keluar lah. Mak marah kalau ratah milo macam tu je. Tak comel perangai beliau cakap. hehe..




Bila dah mula masuk zaman darjah-darjah, mulalah main benda pelik-pelik. Tin Milo pun jadi mangsa. Biasanya letak kayu lepas tu gelek lah tin milo sambil berlari-lari. hehe~




Bila dah masuk asrama, mee Maggi jadi rebutan. Lebih-lebih lagi kalau budak lelaki. Semua orang macam kebulur, selalu lapar, selalu nak pow orang lain punya makanan. Kalau makan makanan orang lain baru rasa nikmatnya. Makanan hak milik sendiri tak best. haha..

Maggi Baldi. Letak Maggi dua tiga bijik dalam baldi, letak air panas kacau-kacau sikit, lepastu makan ramai-ramai guna tangan. Tagline mee Maggi dua minit dah siap masak, tapi kami makan tak sampai satu minit pun. heh..




Bila dah besar, takdelah besar sangat, "si dia" pula minat Kit Kat. Selalu beli yang paling kecik kongsi dua.. Kalau beli yang besar tak best, takde feel berkongsi orang kata..  hew hew hew... Ya, cerita ni dah start geli-geli dah.. haha..





Dari saya kecik sampai lah saya besor cenggini, Nestle dah jadi sebahagian dari hidup. Takkan lah korang tak pernah beratur minum milo kat van Milo masa sekolah dulu-dulu kan? Beratur dua tiga kali pulak tu, bajet abang Milo tu tak perasan ke? haha~




Sedar tak sedar, rupanya Nestle ni dah mencapai 100tahun ada kat pasaran. Macam-macam produk diaorang ada. Sempena 100tahun Nestle berada bersama kita, meh kita submit cerita paling best korang dengan Nestle. Amacam? ^__^

p/s: eh sebelum tu kita smbg wat esemen doulu :P . babai korang ..

Friday, 28 September 2012

..Andai..


andai hati saya masih sakit pedih kecewa terluka kerana awak ,

andai air mata saya masih mengalir lagi kerana awak ,
sebenarnya saya masih lagi perlukan awak dalam hidup saya ..



Andai suatu saat hadir seseorang yang meredakan duka saya , mengembalikan senyuman saya ,
mengindahkan hari suram saya , meniup haba-haba di dada saya ,
maafkan saya , , , ,  awak mungkin sudah tiada lagi di dalam hati saya ..
untuk kali ini dan selama-lamanya ..



Awak tetap akan saya kenang tapi akan hidup hanya dalam kenangan saya ..
Awak pergilah mencari bahagia yang lain yang awak tak dapat dari saya ..
Awak sudah memperlihatkan saya yang awak baik-baik saja tanpa saya ..
Dan awak perlihatkanlah kata-kata saya . . . .



awak tak akan jumpa lagi wanita SWEET macam dia(saya) ..
awak tak akan dapat wanita yang bangga memiliki awak apa adanya ..
awak tak akan dapat wanita yang berani jujur menyatakan awak BUAH HATI dia ..
awak tak akan dapat wanita yang menjadikan awak penting bagi dia dari segala-galanya ..
awak tak akan dapat wanita yang boleh manjakan awak ..
awak tak akan dapat wanita yang selalu rindukan awak sangat-sangat ..
awak tak akan dapat wanita yang SETIA walaupun awak tak nampak di kejauhan ..
awak tak akan dapat wanita yang menangis setiap kali menatap gambar awak 
awak tak akan dapat wanita yang sungguh benar
dia ingin awak menjadi raja  hidup dia ..
AWAK TAK AKAN DAPAT WANITA SEPERTI DIA !

segalanya ku terima .


Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri ..


Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
SEBENARNYA aku kesepian 
Dan aku masih cinta


Diri ini penuh luka
Dan tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah

tiada lagi .


CINTA kita mungkin sudah terkubur  ..
CINTA kita mungkin hanya tinggal kenangan ..
CINTA kita mungkin tidak lagi menyebelahi  ..
CINTA kita mungkin sampai di sini ..


bukanlah MUNGKIN tapi ianya MEMANG..


Saya tidak akan lagi melihat sesuatu yang akan menyakitkan hati saya ..
Sebab saya tak nak hari hari saya serba tak kena ..

Memadailah dengan apa yang sudah saya lihatkan sebelum ini ..
Segala tentang awak di sana saya tidak mahu ambil tahu lagi  ..


Awak pasti akan ditemani seseorang si pengganti saya ..
Yang akan memberikan lagi awak bahagia semula ..


Cukuplah di setiap doa saya untuk awak yang akan saya ingati ..
Saya tak mahu membenci kerana awak orang yang pernah saya cintai ..

Berterima kasih lah pada CINTA yang gagal ini ,
pasti hari mendatang akan ada CINTA baru yang lebih baik melengkapi ..



                                 kawan-kawan TAK MAHU lawan-lawan kan

                                                                    
                                                              ='))

have a break ! bersama blog saya ^_^

hai hai hai !! assalamualaikum ^__^ 
pagi ni alhamdulillah. saya sehat . anda ? ^__^
okay, memula bangun pagi rasa macam. oi oi aku nak update bloggg 
haa kann . ^_^
 okay, lepas tu dah siap mandi sume.. cenpat2 buat entry baru ..
entry niiii sangat best . pada aku la. 
mcm2 ade, kenangan dulu n mcm2la.. klaka. bila baca mesti teringat n rasa
"haa memang betol ponnn " heee
ha okay dah . nk tunjuk gmbo je pon :))) 

pertamaaaaa .
haaa. tu diaa. syg aweks sgt kan. seketul dapat ^_^

nextttt
dulu2 slalu wish kalau nampak tahi bintang. mslhnye aku xpnh pon jumpe pffftt ...


next! next ! 
yg ni comellah kan. sebab ! sebab! xde orang yg syg kita mcm mak kita kan 
-_^

haaaa yang bawah ni sebijik macam haku.. hahaa
eh plz tu ta bemakna aku ta reti masak. tolong skit ! haha..
suruhla aku masak ape pon(makanan kmpongla tapi) insyaALLAH aku bolehh
tapi !tapi !tapi ! jangan meggoreng , boleh hangin satu badan wooo . heuheuheuheu

seterusnya... haa yg okay jela biasa-biasa je hee 
tapi nak tnjuk jugakkkk ^_^


yang ni pulakk. hailaaaa.. teringat zaman jahiliah aku. kpada bakal-bakal cikgu tu, himpunkan tahap kesabaran yg sangat tinggi ye ! peace :))


okay nexttttt.. ini sangat klaka. haha (sume klaka)
xpayah nak titew sgt la kan, aku pon bebulu je dgr.. hahaha


haaaa . bwh ni , okayla kan, xpyh mengadu sgt. seketul kau dapat nanti. 
^__^
last ! last ! last ! heee.. 
ingatla pesan mak ye anak-anak 
:)))


heeee habes dah kawan2.. nanti ape-ape saya share lagi howkeyhhh ?? 

enjoy your weekend kawann !! 
p/s: aku je yg tader istilah weekend kat usm ni. ceh . menitik je air mata tgk kengkawan pg laketown,bukit merah,. sobss T__T


Tuesday, 25 September 2012

sunyi malam..


malam ini, aku merenung ke langit.. gelap . sunyi . hitam .
dimanakah bintang? dimanakah bulan? disaat aku meraba dalam sunyi malam 
kurasakan dunia seakan kelam. 
aku kehilangan..
hilang semua harta dunia didalam gengaman
apakah dosa ku? apalah salahku hingga ketanah aku tersungkur. 
sungguh aku jatuh terduduk, tanpa ada tangan yang menghulur..
ku nantikan saat itu, sehingga ke saat ni, namun tiada pengakhirnya..
kesudahan yang memakan terlalu banyak isi hati, 
yang terlalu menghancurkan sanubari..
tergamak kah kau melihat air mata seorang gadis yang dahulunya ditaburkan seribu satu janji ??
janji yang dipegang tinggi oleh seorang wanita yang mendambakan seorang insan bergelar suami..
namun apalah dayaku,
seorang gadis yang bisa dipijak hatinya hingga lumat tidak bersisa..
tanpa secebis belas kasihan
tanpa seribu satu alasan..
malam ni aku tersungkur lagi. tersungkurku di kaki bumi menyembah ILLAHI..
malam ini, tanpa sedar, airmataku gugur lagi..
meminta dikuat dan tabahkan hati..
mgkinkan jika ini pengakhirannya nanti,
akan aku pasrah menjalani liku duniawi.
biar pun aku dihina dan dicaci..
ALLAH maha ESA lebih mengetahui..
terkilan hatiku akan keraguanmu,
terkilan jiwaku akan kelemahanmu dalam memilih serpihan kaca dan permata..
mgkin aku bukan permata yang didamba
mungkin juga aku bukan sutera yang mampu membuatkan kau bahagia.
teman.. hingga ke saat ini, aku masih mencari, dimana kedaifan diri..
smpai begini hukuman yang engkau beri..
sungguh pedih isi hati.., 
tiada kata lagi yang mampu aku luahkan..
segala rasa bercampur dalam kegelapan..
miskipun airmata menjadi peneman setiap tidur malamku,
namun, aku percaya, apa-apa yang memang ketentuan untukku, 
akan DIA berikan jua..
dan juga segala apa yang terjadi 
DIA lah saksi..

yang dicinta akan pergi..
yang didamba akan hilang
tetapi hidup akan terus berjalan..
meski penuh dengan tangisan :')

YA ALLAH.. 
Kau yang Maha Mendengar..
Kau yang Maha Melihat.. 
Kau yang Maha Pemaaf.. 
PadaMu hati bertobat.
 
Kau yang Maha PengasiH..
Kau yang Maha Pemyayang.. 
Kau yang Maha Pelindung..
PadaMu semua bergantung :')